Selasa, 28 Oktober 2014

Tugas Ku Sebagai Education Counselor: Sehari di UiTM Malaysia Shah Alam


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Salam alaik kepada semua.

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-NYA maka dapatlah saya pada hari ini turut serta di dalam KARNIVAL INOVASI KERJAYA PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR 2014 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Research Innovation Business Unit (RIBU) UiTM Shah Alam. 

Karnival yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. 

Program ini sebenarnya berobjektif untuk memberi pendedahan dan membuka mata serta minda pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2014 pada minggu hadapan (3 November 2014) dalam memilih kursus-kursus di institusi pengajian tinggi kelak. Disamping itu diharapkan para pelajar dapat memilih program yang mampu memberikan peluang pekerjaan dan pasaran kepada mereka apabila bergraduasi kelak. 

Terdapat lebih kurang dalam 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta terlibat dalam Karnival Pendidikan kali ini dimana IPTA hanya diwakili oleh UiTM sahaja (memandangkan karnival ini anjuran mereka) manakala antara IPTS yang terlibat (yang saya kenalpasti tadi) adalah seperti UNITAR, UniKL, KPTM dan sudah pasti Vision College

Karnival ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor. 

Tika Kamera Berbicara

Team education counselor dari Vision College yang terlibat kali ini adalah seramai 4 orang (Kak Ila, Qida, Buya dan saya sendiri).

Dari kiri: Buya (Nik Alia), Qida dan Kak Ila


Seawal jam 7.30 pagi telah menunggu Buya (officemate) di depan pintu pagar Tiara Kelana Kondominium. Telah set dengan team bahawa kali ini akan bergerak ke UiTM dengan kereta persendirian (kebiasaan menggunakan kenderaan kolej).

Lebih kurang 1 jam setengah menunggu barulah Buya muncul. Tidak dapat nak salahkan dia kerana dia terpaksa menempuh kesesakan lalulintas yang amat teruk dari Cheras ke Kelana Jaya. Nasib baik ada buku motivasi "ALLAH TIDAK PERNAH JAUH" sebagai peneman. 

Tiba di UiTM Shah Alam tepat jam 9.00 pagi. Terus ke lobi dewan utama DATC untuk berjumpa dengan urusetia untuk bertanyakan booth dan membuat pembayaran. Pembayaran 1 booth berjumlah RM1,000.00. 

Sebelah pagi telah bermula sesi taklimat daripada UniKL, KPTM, MARA, JPA dan UiTM sendiri. Dari A to Z taklimat 100% berkaitan MARA, pinjaman MARA, biasiswa MARA, pilih lah MARA, UiTM Di Hatiku

Sibuk menyiapkan booth. Sila abaikan kotak-kotak di bawah meja tersebut.

Menyediakan goodies bag yang akan diberikan kepada pengunjung booth kami

Booth 04 Vision College. Sebelah adalah booth dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sambutan pada sebelah pagi amat menggalakkan. Tidak menang tangan melayan persoalan dari pelajar serta guru-guru kaunselor sekolah. Terpaksa balik semula ke kolej untuk menambah brochure dan goodies bag kerana stok di booth telah habis. Disamping itu lupa membawa cenderahati untuk disampaikan kepada YB. 

Cenderahati untuk YB dari pihak Vision College

Jam 2.30 petang YB dan dif kehormat tiba serta melawat booth. Tidak sempat ambil gambar beliau ketika beliau singgah ke booth kolej. 





Biasalah bila YB menteri dari BN berucap mesti condemn Kerajaan Negeri Selangor. Walaupun ini Karnival Pendidikan yang dihadiri oleh pelajar sekolah menengah tetap ada terselit isu air. Hanya mampu tersenyum sahaja mendengar ucapan perasmian beliau.

Jam 4.30 petang selesai Karnival pada hari pertama. Ditakdirkan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, hujan lebat membasahi Shah Alam sehingga banjir laluan sepanjang Seksyen 2 hingga ke Wisma PKNS Shah Alam.

Bagaikan memerli ucapan YB menteri sahaja hujan kali ini. Tersenyum sekali lagi.



Esok adalah hari terakhir Karnival ini. Kiranya objektif team kami tercapai kali ini. Berjaya mengutip fresh data untuk pengambilan pelajar bagi tahun hadapan.

Nota Kaki: Islam menggalakkan setiap manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Tiada halangan dalam menuntut ilmu. Kebendaan, kewangan, masa ataupun perkara berbentuk fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk terus menuntut ilmu.

Hal ini kerana dalam agama Islam, menuntut ilmu adalah sebuah proses yang berterusan dan berpanjangan. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tertinggi. Ini menunjukkan bahawa ilmu mampu membawa seseorang yang tinggi di sisi ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan masyarakat.
 
Sebagaimana firman ALLAH:




“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu diminta untuk memberi ruang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya ALLAH melapangkan (segala halnya) untuk kamu.

Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya ALLAH meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalanganmu. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendalam Pengetahuan-NYA mengenai apa yang kamu kerjakan.” 
(Surah al Mujadalah: 11)


Kedekutnya UiTM, dapat ini sahaja (2 bun dan 1 air kotak). Tak kenyang.

1 ulasan: