Isnin, 10 November 2014

Hakikat Kehidupan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu
Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa
Man yahdi hillah falah mudhi llalah
Wa man yudhlil falaa haadiyalah
wa-asy-hadu allaa ilaaha illallaahu wah-dahu laa syariikalah
wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
 

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kerana sekali lagi saya diberikan peluang untuk terus menyumbangkan entri di dalam blog saya ini sebagai perkongsian ilmu kita bersama seperti yang telah saya janjikan kelmarin.

Namun pada malam ini kesihatan saya kurang sedikit, batuk disebabkan oleh renovation tengah berjalan di Kolej tempat saya berkhidmat. Saban hari sememangnya saya akan menyedut debu-debu dan habuk hasil dari renovation tersebut. 

Tapi sahabat-sahabat semua jangan risau, saya baru sahaja mengambil ubat batuk dan selsema agar keadaan masalah kesihatan saya ini tidak melarat. Doakan agar saya cepat sembuh ya?

Sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala,

Apa yang terbayang di minda apabila menyebut tentang HIDUP? Maka, saya akan menjawab, saya membayangkan ujian dan cubaan. Ujian yang datang bersilih ganti dengan kebahagian yang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala telah tetapkan, Di sebalik ujian, pasti ada kebahagiaan yang menanti. Di sebalik kebahagian pula, pasti DIA sediakan ujian buat kita.

Itu sunnatullah.

Manusia, tiada pilihan kecuali berhadapan dan menerima apa jua yang ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala telah tetapkan. Ini kerana kita tidak akan pernah dapat melarikan diri daripada berhadapan dengan segala ujian yang DIA berikan.

Cuba menghindari masalah dengan membunuh diri? Itu perbuatan manusia yang hilang akal! Hakikatnya, apabila seseorang membunuh diri, maka dia telah mengundang murka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan masalah lain pula menantinya; seksaan di alam barzakh.

Dunia ini menjanjikan cubaan demi cubaan untuk bayaran sebuah kebahagiaan.


Jangan Hanya Membuka Mata, Tetapi Hati Juga





Dan KAMI pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, kekurangan harta, kekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.
(Surah Al- Baqarah: 155)

ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala memang telah menjanjikan dan menetapkan ujian buat kita!

Jika direnung-renung kitaran hidup seharian, memang tiada yang terlepas daripada ujian-NYA, sama ada kita menyedarinya atau tidak. Semuanya datang silih berganti Kita akan diuji dengan masa lapang, masa sempit, gembira dan sedih, sakit dan sihat serta pada setiap pertemuan dengan manusia lain.

Ada manusia yang diuji - hari ini tidak dapat menjamah apa-apa. Esok pula hanya dapat menelan nasi yang sedikit. Tidak dapat membeli apa yang diinginkan lantaran ujian kemiskinan. Sedih, kan?

Tetapi, ada suatu kepastian yang sangat pasti! Setiap ujian itu baik kesenangan atau kesusahan, pasti tidak kekal. Setiap satunya ada sifat pasang dan surutnya. Ujian-ujian tersebut akan menyapa kehidupan hamba untuk tempoh waktu yang ditentukan, lalu digantikan dengan sesuatu yang sesuai menurut kehendak-NYA.

Apa yang penting, haruslah sabar dalam berusaha!


Bersusah Di Dunia, Bersenang Di Syurga Selamanya



Kita semua tahu hakikat hidup di dunia ini sementara cuma. Apa yang kekal hanya negeri akhirat sana. Kita semua beriman tentang pekara itu, kan?

Ada sebuah hadis yang sangat terkesan di hati;

Seseorang muslim akan tetap diberi cubaan, sehingga dia berjalan di muka bumi in tanpa dosa sedikit pun.
(HR Al Bukhari)

Masyaallah!

Betullah. Ujian itu adalah pengguguran dosa kita. Subhanallah!

Pernah tidak terfikir, kita beribadat di dunia ini memang untuk bekalan di akhiran, kan? Bekalan untuk menyeamatkan diri di antara dua gerbang yang memisahkan kenikmatan dan kesengsaraan.

Tapi pernah tidak kita cuba kerah diri dan tanam dalam minda bahawa di dunia ini kita beriman, beramal serta beribadat dengan bersungguh-sungguh untuk meraih pandangan rahmat ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Tinggal di dunia itu hanya sementara, bukan?

Manakala di akhirat sana, manusia yang beruntung akan tinggal di dalam syurga untuk selama-lamanya! Padahal manusia di dunia bersusah payah mendidik dan memaksa diri hanyalah untuk sementara. Masyaallah!

Besar sungguh sebuah bayaran di akhirat untuk ujian yang tidak kekal di dunia!

Ganjaran yang mahal itu hanyalah jika kita tetap sabar berada dalam kejernihan Islam dan tidak terbawa-bawa dengan budaya yang kurang mempamerkan akhlak Islami. Itu sahaja.

Ingat! Jika kita seorang Muslim, maka kita harus menjadi Muslim dari sudut akidah, akhlak dan juga pertuturan; lisan mahupun taipan tangan!


Lihat Dunia Ini Dengan Penuh Hikmah



Tatkala disapa ujian, perkara asas yang sangat perlu diterapkan dalam diri adalah bersangka baik dengan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala yang memberikan ujian tersebut Jangan sesekali bersangka buruk terhadap-NYA. Jika tidak, buruklah hidup di dunia.

Hamba-hamba yang beriman akan menerima dengan redha percaturan takdir-NYA. Dalam masa yang saa, tidak ditinggalkan usaha, doa dan tawakal untuk menyelesaikan ujian yang DIA datangkan!

Ujian, musibah, dugaan mahupun kesenangan yang diberikan harus diterima dengan hati yang terbuka dan sentiasa bersangka baik. Tidak dinafikan, dugaan itu memang perit adakalanya Tetapi boleh jadi ia harga sebagai pembuka pintu kepada keampunan dan rahmat daripada Tuan Punya Dunia.

Tanam dalam minda bahawa ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala masih sayang kita dan tetap sayang kita!

Wallahu a'lam bish-shawabi.

Nota Kaki: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). - Surah Al-'Ankabut, ayat 46

Ahad, 9 November 2014

Calarnya Nilai Islam Di Malaysia Kerana Nipisnya Iman




Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan keizinan-NYA, sekali lagi kita bersua kembali walaupun hanya sekadar di alam maya. Saya doakan semoga sahabat-sahabat semuanya berada di dalam keadaan yang sihat, sihat tubuh badan serta sihat iman. Insha Allah.

Lebih lapan hari saya tidak mengemaskinikan dan menyumbangkan entri baru di dalam blog Kalam Muallaf. Sebelum ini saya telah menamam satu azam yakni untuk senantiasa menyumbangkan entri pada setiap hari sebagai perkongsian ilmu buat bacaan sahabat-sahabat semua. Namun itu hanya tinggal satu monolog yang harus diberikan noktah penamat. 

Straight to the point, malam ini tergerak hati saya untuk bercerita tentang IMAN khususnya iman seorang muslim. 

Iman, satu ungkapan lembut yang membawa mesej yang agak mendalam bagi setiap insan yang bernama manusia. Iman dan Taqwa satu bentuk ukuran penentu mulia dan hina seseorang pada perkiraan Islam itu sendiri. Ingatlah, iman tidak datang bergolek, tidak terbang melayang, sebaliknya ia perlu dipupuk perlu digilap dengan ibadah dan ilmu agama yang menyeru kita erti takut pada kekuasaan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, berharap pada Rahmat-NYA, mencintai Rasul-rasul-NYA, gerun membuat maksiat dan dosa, serta obses melaksana amal ma'ruf.
 
Dari sudut istilah, iman membawa maksud ikrar dengan lidah, yakin dalam hati, melaksana dengan perbuatan segala arahan yang berbentuk (suruhan dan larangan) dari ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam zaman mundurnya keimanan dan ketaqwaan manusia kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala kini maka seharusnya setiap insan yang bergelar Muslim perlu meletakkan nilai keimanan dan ketaqwaan pada satu paksi utama dalam setiap urusan harian mereka. Teguhnya seorang muslim bila teguhnya iman mereka menghadapi kemajuan material dunia kini.

Peringatan demi peringatan perlu sentiasa disemai dalam setiap jiwa muslim akan peri pentingnya memantapkan keimanan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dari setiap saat ke saat. Tanpa ada apa-apa bentuk peringatan atau tazkirah dalam hidup seharian kita pasti jiwa kita akan mati dan lama kelamaan ia akan pudar dari cahaya iman untuk membawa kita ke jalan menuju syurga nanti. Setiap pelaku dosa dan maksiat adalah mereka yang sudah hilang rasa keimanan dalam hidup mereka ketika melakukan perbuatan tersebut. Mereka yang paling tebal imannya ialah mereka yang paling berhati-hati dari terjerumus ke lembah dosa dan mereka yang paling jauh untuk melakukan itu semua.
 
Sedarkah kita bahawa kini iman umat Islam di Malaysia tengah diuji? Senario semasa, memaparkan seribu situsi dan kisah setiap di antara kita dengan lembah-lembah dan pasir-pasir jerlus yang mampu menghumban diri kita ke alam kemungkaran.  

Ketika Islam di Malaysia sibuk memperjuangkan hak kalimah ALLAH yang digunakan oleh penganut agama Kristian di dalam Bible mereka, tanpa kita sendiri sedari wujudnya sekumpulan orang Melayu Islam yang telah merosakan agama Islam itu sendiri. 

Kebelakangan ini sahaja negara kita digemparkan dengan berita-berita sensasi dan menguji keimanan kita umat Islam. Namun apa yang menyedihkan adalah isu ini bukannya datang dari bangsa lain mahupun dari penganut agama lain, sebaliknya mereka yang tergamak untuk melakukan perkara yang dilarang adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Perasaan takut, gentar dan gerun tidak lagi bertapak di hati mereka untuk terus melakukan apa sahaja yang disukai tanpa memikirkan akibat dan natijah yang buruk kepada diri, masyarakat dan lebih-lebih lagi natijah kepada masa depan Islam itu sendiri.
 
 Program I want to touch a dog di anjurkan untuk umat Islam di Petaling Jaya dengan objektif untuk mengikis rasa takut umat Islam terhadap anjing
 
Sepanduk We are all Allah's Children  yang dipegang  oleh Pengasas Sister in Islam semasa  flash mob 'bunga' di Bangsar ketika umat Islam yang lain berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman untuk menyokong agar kalimah ALLAH dipertahankan
 
Mahkamah Rayuan membenarkan golongan Transgender Islam berpakaian wanita sehingga membatalkan Seksyen 66 Enakmen Jenaya Syariah (Negeri Sembilan) kerana dikatakan melanggar Perlembagaan Persekutuan

Kelemahan ilmu dan iman umat Islam di Malaysia hari ini telah membuatkan mereka menganggap hukum dalam agama sebagai mainan yang boleh di pandang rendah akibatnya nilai Islam terhakis dan tercalar dengan begitu teruk. Islam tidak lagi dipandang tinggi seperti dulu. Ajaran-ajaran Islam sudah tidak diambil peduli.

Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Qurah, Surah Al- An'aam ayat 70: 


Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari ALLAH. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). 
(Surah Al-An'aam: 70)
 

Hakikat yang jelas, Islam merupakan agama yang terbaik dalam mencari segala macam solusi dalam aspek kehidupan, malah terjamin natijahnya yang baik. Tetapi, penerimaan ajaran Islam kini seolah-olah tidak mendapat perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat yang merupakan penganut agama itu sendiri.

Mereka menganggap ajaran Islam sudah lagi tiada value dan tidak lagi sesuai dengan zaman yang serba canggih sekarang. Pemikiran ini diserap dengan deras sehinggakan lubang-lubang kebaikan sukar untuk dimasuki. Hati yang dididik dengan nilai kebaratan secara terus-menerus akan membawa kepada kemudaratan yang sama dan mungkin lebih teruk lagi.

Oleh itu, pentingnya tarbiyah Islam dalam membanteras dan menangani isu seperti ini. Hukuman yang digariskan oleh Islam sepatutnya diutamakan dalam sebuah kepimpinan demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan akhlaq dan moral.

Apabila isu seperti ini tiada pendekatan Islam dijalankan, maka dapatlah kita lihat dan meramalkan natijahnya pada masa akan datang. Gejala sebegini akan terus tersebar dan jangan terkejut seandainya Islam tiada lagi kedengaran di halwa.
 
Demi menjamin kemaslahatan Islam pada masa akan datang, marilah semua insan bangkit dari mimpi dan lamunan duniawi yang mendodoi hidup kita dari mengingati dan beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Itu semua hendaklah bermula dari kita dan harus disebarkan kepada mereka di sekekliling kita. Sibukkanlah diri kita dengan benda-benda makruf dan bentengilah diri kita menuju ke jalan-jalan yang membawa kemungkaran.

Kembalilah kita semua ke jalan suci, jalan yang menyucikan diri dari kesibukan duniawi, bersama menuju ke jalan yang mendekatkan diri kepada ILLAHI, jalan mereka yang mencintai kehidupan dan hal-ehwal ukhrawi. 

Masa semakin hari semakin sedikit dalam hidup kita, hayat semakin singkat, hidup makin pendek, ajal semakin dekat, kematian makin cepat. Gunalah masa yang kita ada ini dengan sehabis baik untuk menambah keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala agar tiada rugi dan penyesalan kita di akhirat sana nanti.

Wallahu a'lam bish-shawabi.

Nota Kaki:  Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
Lagi sekali nilai Islam terhakis dan tercalar dengan begitu teruk. Islam tidak lagi dipandang tinggi seperti dulu. Ajaran-ajaran Islam sudah tidak diambil peduli. Nilai-nilai Barat meracuni pemikiran umat kita kini sehinggakan racun tersebut tersebar luas.
Hakikat yang jelas, Islam merupakan agama yang terbaik dalam mencari segala macam solusi dalam aspek kehidupan, malah terjamin natijahnya yang baik. Tetapi, penerimaan ajaran islam kini seolah-olah tidak mendapat perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat yang merupakan penganut agama itu sendiri.
Mereka menganggap ajaran Islam sudah lagi tiada “value” dan tidak lagi sesuai dengan zaman yang serba canggih sekarang. Pemikiran ini diserap dengan deras sehinggakan lubang-lubang kebaikan sukar untuk dimasuki. Hati yang dididik dengan nilai kebaratan secara terus-menerus akan membawa kepada kemudaratan yang sama dan mungkin lebih teruk lagi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/calarnya-nilai-islam-kerana-kerosakan-akhlak-nurul-ain-abdul-razak#sthash.DEXU67sc.dpuf
Lagi sekali nilai Islam terhakis dan tercalar dengan begitu teruk. Islam tidak lagi dipandang tinggi seperti dulu. Ajaran-ajaran Islam sudah tidak diambil peduli. Nilai-nilai Barat meracuni pemikiran umat kita kini sehinggakan racun tersebut tersebar luas.
Hakikat yang jelas, Islam merupakan agama yang terbaik dalam mencari segala macam solusi dalam aspek kehidupan, malah terjamin natijahnya yang baik. Tetapi, penerimaan ajaran islam kini seolah-olah tidak mendapat perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat yang merupakan penganut agama itu sendiri.
Mereka menganggap ajaran Islam sudah lagi tiada “value” dan tidak lagi sesuai dengan zaman yang serba canggih sekarang. Pemikiran ini diserap dengan deras sehinggakan lubang-lubang kebaikan sukar untuk dimasuki. Hati yang dididik dengan nilai kebaratan secara terus-menerus akan membawa kepada kemudaratan yang sama dan mungkin lebih teruk lagi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/calarnya-nilai-islam-kerana-kerosakan-akhlak-nurul-ain-abdul-razak#sthash.DEXU67sc.dpuf
Lagi sekali nilai Islam terhakis dan tercalar dengan begitu teruk. Islam tidak lagi dipandang tinggi seperti dulu. Ajaran-ajaran Islam sudah tidak diambil peduli. Nilai-nilai Barat meracuni pemikiran umat kita kini sehinggakan racun tersebut tersebar luas.
Hakikat yang jelas, Islam merupakan agama yang terbaik dalam mencari segala macam solusi dalam aspek kehidupan, malah terjamin natijahnya yang baik. Tetapi, penerimaan ajaran islam kini seolah-olah tidak mendapat perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat yang merupakan penganut agama itu sendiri.
Mereka menganggap ajaran Islam sudah lagi tiada “value” dan tidak lagi sesuai dengan zaman yang serba canggih sekarang. Pemikiran ini diserap dengan deras sehinggakan lubang-lubang kebaikan sukar untuk dimasuki. Hati yang dididik dengan nilai kebaratan secara terus-menerus akan membawa kepada kemudaratan yang sama dan mungkin lebih teruk lagi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/calarnya-nilai-islam-kerana-kerosakan-akhlak-nurul-ain-abdul-razak#sthash.DEXU67sc.dpuf
Lagi sekali nilai Islam terhakis dan tercalar dengan begitu teruk. Islam tidak lagi dipandang tinggi seperti dulu. Ajaran-ajaran Islam sudah tidak diambil peduli. Nilai-nilai Barat meracuni pemikiran umat kita kini sehinggakan racun tersebut tersebar luas.
Hakikat yang jelas, Islam merupakan agama yang terbaik dalam mencari segala macam solusi dalam aspek kehidupan, malah terjamin natijahnya yang baik. Tetapi, penerimaan ajaran islam kini seolah-olah tidak mendapat perhatian dan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat yang merupakan penganut agama itu sendiri.
Mereka menganggap ajaran Islam sudah lagi tiada “value” dan tidak lagi sesuai dengan zaman yang serba canggih sekarang. Pemikiran ini diserap dengan deras sehinggakan lubang-lubang kebaikan sukar untuk dimasuki. Hati yang dididik dengan nilai kebaratan secara terus-menerus akan membawa kepada kemudaratan yang sama dan mungkin lebih teruk lagi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/calarnya-nilai-islam-kerana-kerosakan-akhlak-nurul-ain-abdul-razak#sthash.DEXU67sc.dpuf

Sabtu, 1 November 2014

Ashura of Muharram

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ( السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ) May the peace, mercy, and blessings of ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala be with you, my brothers and sisters in Islam. Alhamdulillah ( اَلحَمْدُ لِله ) thank to ALLAH 'Azza Wa Jalla that today we still live in Islam. May ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala always bless us and pour out forgiveness to all of us.

Hijiri (Islamic) Calendar



The Islamic (Hijiri) calendar is very similar to the Gregorian calendar that we usually used and referred to in our daily lives (such as the month of January, February, etc). As Muslims, we should also take note on the months of Islam. 

The Hijiri calendar consists of 12 months in years (with 354 or 355 days) which are as follows:

Muḥarram — المحرّم, "forbidden" — so called because it was unlawful (haram) to fight during this month. [6] However, this prohibition is terminated after the opening of Mecca. (QS Al-Baqarah: 91).  Muharram is the second most sacred Muslim month and includes the Day of Ashura.

Ṣafar — صفر, "void" — supposedly named because pagan Arabs looted during this month and left the houses empty.

Rabīʿ I (Rabīʿ al-Awwal) — ربيع الأوّل, "the first spring".

Rabīʿ II (Rabīʿ ath-Thānī or Rabīʿ al-Ākhir) — ربيع الثاني or ربيع الآخر, "the second (or last) spring".

Jumādā I (Jumādā al-Ūlā) — جمادى الأولى, "the first month of parched land". Often considered the pre-Islamic "summer".

Jumādā II (Jumādā ath-Thāniya or Jumādā al-Ākhira) — جمادى الثانية or جمادى الآخرة, "the second (or last) month of parched land".

Rajab — رجب, "respect" or "honor". This is another sacred month in which fighting was traditionally forbidden.

Shaʿbān — شعبان, "scattered", marking the time of year when Arab tribes dispersed to find water.

Ramaḍān — رمضان, "scorched". Ramadan is the most venerated month of the Hijri calendar during which Muslims must fast between dawn and sunset.

Shawwāl — شوّال, "raised", as she-camels begin to raise their tails during this time of the year, after giving birth.

Dhū al-Qaʿda — ذو القعدة, "the one of truce". Dhu al-Qa'da was another month during which war was banned.
 
Dhū al-Ḥijja — ذو الحجّة, "the one of pilgrimage", referring to the annual Muslim pilgrimage to Mecca, the Hajj.


The Month of Muharram



Muharram is the month with which the Muslims begin their lunar Hijrah Calendar. It is one of the four sanctified months about which the Holy Quran says, "The number of the months according to ALLAH is twelve (mentioned) in the Book of Allah on the day He created heavens and the earth. Among these (twelve months) there are four sanctified." These four months, according to the authentic traditions, are Dhul-Qa'dah, Dhul-Hijjah, Muharram and Rajab

All the commentators of the Holy Quran are unanimous on this point, because the Holy Prophet, Sallallahu alayhi wasallam, in his sermon on the occasion of his last Hajj, declared: "One year consists of twelve months, of which four are sanctified months, three of them are in sequence; Dhul-Qa'dah, Dhul-Hijjah, Muharram, and the fourth is Rajab." The specific mention of these four months does not mean that any other month has no sanctity.


In the month of Muharram Muslims encouraged fasting on the day-to-day. The Prophet Sallallahu alayhi wasallam said: "Fasting for most major fast after Ramadan is the month of Muharram ALLAH" (Hadith narrated by Imam Muslim). In addition we are strongly encouraged to fast on 'Ashura of Muharram in 10 as has been recorded by Imam al-Bukhari and Imam Muslim in their Sahih.

As a sacred month, it’s best to increase in doing good deeds such as fasting and sadaqah! And by sacred, it signifies the importance, status and adoration of this month by ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala! In fact, good deeds done during these months will be more greatly rewarded, insha Allah.


Ashura



Although Muharram is a sanctified month as a whole, yet, the 10th day of Muharram is the most sacred among all its days. The day is named 'Ashurah'. 

The day of ‘Asyura is greatly related to the story concerning Prophet Musa 'alayhi as-salam, where he was saved by ALLAH by his enemies and Firaun at the Red Sea. When Prophet Musa 'alayhi as-salam was cornered by Firaun and his army, he asked ALLAH to help him escape.


To fast on the day of ‘Asyura is the highlight in the month of Muharram. According to another Hadith, it is more advisable that the fast of 'Ashura' should either be preceded or followed by another fast. It means that one should fast two days: the 9th and 10th of Muharram or the 10th and 11th.

The reason of this additional fast as mentioned by RasulullahSallallahu alayhi wasallam, is that the Jews used to fast on the day of Ashura alone, and Rasulullah Sallallahu alayhi wasallam, wanted to distinguish the Muslim way of fasting from that of Jews. Therefore, he advised the Muslims to add another fast to that of 'Ashura'.

Some traditions signify another feature of the day of 'Ashura. According to these traditions, one should be more generous to his family by providing more food to them on this day as compared to other days. 
 
Wallahu a'lam bish-shawabi.
 
Nota Kaki: Fasting on the day of Ashura is an expiation for the minor sins  committed in the previous year.