Isnin, 17 November 2014

Mengapa Suka Memberi Alasan?


Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala pujian-pujian hanya bagi ALLAH Tuhan semesta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Rasul terakhir, ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta para tabi'in dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda hingga hari kemudian.

Salam Ukhwah Fillah; salam persahabatan kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala buat semua pembaca; sahabat-sahabat yang saya kasihi. Terasa terlalu lama tidak mencakna blog ini. Walau apa pun ALASAN tinta dakwah ini perlu terus disuburkan.

Alasan

 

Alasan sudah sinonim dalam masyarakat kita.

Seribu satu alasan sentiasa diutamakan dalam setiap proses kehidupan. Orang yang suka mencari alasan bukanlah seorang yang terbaik untuk digolongkan dalam golongan orang-orang yang berjaya.

‘saya tak mampu.. dia lainlah!’

‘bagi orang lain dulu, saya tak layak..’

‘eh.. ni bukan bidang saya, saya tak boleh!’

Walau berjuta-juta alasan yang kita cuba beri, ia sudah terang-terang memberikan gambaran sebenar tentang diri kita. Tidak perlu menjadikan ‘rendah diri’ sebagai lesen untuk memberi berjuta-juta alasan. Belajarlah falsafah rendah diri yang sebenarnya. Janganlah kita menjadi fitnah kepada ISLAM atas alasan rendah diri kita itu.

saya teringat kata-kata cerdik pandai:


‘Orang yang bijak adalah orang yang kurang memberi alasan dan berusaha menyelesaikan segala masalah.’
 

Justeru, kita di tahap mana? 

Sengaja saya menulis isu ini supaya saya dan sahabat-sahabat dapat sentiasa bermuhasabah.

Masyarakat ISLAM semakin ditindas dan tertindas. Sekiranya kita terus bersikap sebegini, keizzahan dan kemajuan ISLAM akan terbantut atas sikap buruk kita ini. Sudahlah bersikap sebegini, ISLAM pula yang menjadi alasan mem’backup’ diri. Nauzubillahiminzalik.

Wahai sahabatku sekalian, sama-samalah kita hayati firman ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala  dalam Surah Al-Baqarah ayat 148 :



“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti ALLAH akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
(Surah Al-Baqarah: 148)
 
Justeru, semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap Muslim yang beriman kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada ALLAH .

Selain daripada itu semangat berlumba-lumba juga merupakan suatu tujuan yang paling mulia dan paling utama. Di samping itu juga kita bertanggungjawab pula agar berusaha untuk menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa kepada dosa dan murka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.




Wallahu a'lam bish-shawabi.

Nota Kaki: Alhamdulillah, actually I just wake up one day and decided I didn't want to feel like that anymore, or ever again. So I changed. Just like that. I changed because of ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala and I change for my own life. No more excuses! Excuses are for losers. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan